Joomla! Bahasa Melayu

Kami dalam proses untuk wujudkan repo dalam GitHub untuk Pakej Bahasa Melayu. Dengan itu, semua ahli dapat sama-sama memperbetulkan terjemahan yang mudah difahami. Langkah kerja untuk membetulkan terjemahan dan maklumat repo akan dikemaskini.

Pakej instalasi Joomla! 3.x yang asal kini boleh didapati bersama dengan pek Bahasa Melayu. Kami berusaha untuk membantu pengguna Joomla! untuk memudahkan penggunaan aplikasi sumber terbuka ini.

Pek ini boleh dimuat turun melalui laman pentadbiran Joomla! anda.
Anda perlu pergi ke laman pentadbir -> Extensions -> Language Manager -> Install Languages. Kemudian lakukan carian “Malay” untuk mendapatkan pek Bahasa Melayu. Pek ini juga merangkumi laman hadapan dan laman pentadbiran.

Selain itu, perantaraan Bahasa Melayu di dalam pemasangan Joomla! versi ini juga telah ditambah. Ini akan memudahkan anda memahami dengan lebih jelas segala penerangan di dalam proses pemasangan Joomla!.

Bendera Malaysia juga telah dimasukkan dalam 'Joomla Core' untuk laman berbagai bahasa.

Muat turun pek Bahasa Melayu untuk Joomla! 3.x

Bincang dan sertai kumpulan terjemahan Joomla!

ALL NEW USERS please use Login with Facebook feature below to login or register. It also will link your existing account with facebook 1 click login.