Joomla 3.4.0 telah tiba!

Kredit Imej: Chiara

Projek Joomla! dan Pasukan Kepimpinan Pengeluaran (Production Leadership Team) bangga mengumumkan keluaran Joomla! 3.4.0 versi terbaru dalam siri keluaran 3.x.

Perubahan versi 3.4?

Pengeluaran 3.4 memperkenalkan ciri-ciri baru ke dalam CMS seperti penyuntingan module di laman hadapan yang lebih baik, pemisahan weblink, integrasi komposer, Google reCAPTCHA baru dan peningkatan keselamatan dengan melaksanakan kod UploadShield yang boleh mengesan dan memeriksa nama fail dan kandungan fail yang dimuat naik dalam Joomla!.

Sila ambil perhatian: Oleh kerana sebab-sebab teknikal Joomla telah tutup fungsi Pasang Extensions dari Perkhidmatan Web. Joomla sedang berusaha untuk mendapatkan kembali dalam fungsi secepat mungkin.

AMARAN: JANGAN KEMASKINI JOOMLA KE VERSI BARU MENGGUNAKAN AUTO UPDATER TANPA MEMBUAT BACKUP TERLEBIH DAHULU.

Muat Turun

Instalasi baru: Muat turun Joomla! 3.4.0 (Pakej Penuh) »

Pakej Kemaskini: Muat turun Joomla! 3.4.0 (Pakej Kemaskini) »

Komen dan bincang: http://www.joomla.org.my/index.php/component/kunena/pengumuman/65-joomla-3-4-0-telah-tiba#228

 

ALL NEW USERS please use Login with Facebook feature below to login or register. It also will link your existing account with facebook 1 click login.