Joomla Malaysia, Moderators dan Bahasa Melayu

joomla-logoSistem pengurusan kandungan Joomla bukanlah sesuatu yang baru di Malaysia. Sejak sekian lama, pengguna Malaysia sudah pun menggunakan Joomla CMS. Joomla adalah antara CMS yang paling popular di Malaysia.

Pada masa yang lalu, terdapat kumpulan pengguna Joomla yang sangat aktif di Malaysia. Tambahan lagi dengan syarikat-syarikat komersil yang menghasilkan extension untuk Joomla. Antara extension yang paling popular adalah Jomsocial (yang telah diusahakan oleh Azrul Rahim), Mosets Tree dan siri extensions dari Stackideas. Maka pengguna Joomla! Malaysia wajar bangga dengan pencapaian ini.

Pihak kerajaan juga telah mengadaptasi Joomla! untuk pembinaan laman web rasmi jabatan atau intranet. Hampir 40% laman web agensi kerajaan berasaskan Joomla satu masa dahulu (dan sekarang).

Baca selanjutnya...

Joomla 3.2.3 telah tersedia

Joomla! versi 3.2.3 telah tersedia untuk dimuat turun. Versi ini merupakan versi MESTI dikemaskini untuk tahap keselamatan laman web yang maksima.

Terdapat lebih 40 pepijat telah diselesaikan dengan keluaran versi 3.2.3 ini termasuklah 4 isu keselamatan di dalam Joomla yang lepas.

Baca selanjutnya...

Pek Bahasa Melayu 3.2.2.1

Joomla! telah mengeluarkan versi terbaru 3.2.2 pada 6 Februar1 2014. Terdapat beberapa perubahan kecil di bahagian pentadbir dan bahagian hadapan untuk versi ini. Kami juga telah mengemas kini pek bahasa kami daripada versi 3.2.1.1 kepada 3.2.2.1 untuk perubahan ini.

Di bahagian pentadbir, terdapat 2 fail yang ditambah untuk versi ini:

Baca selanjutnya...

Pek Bahasa Melayu 3.2.1.1

Kini anda boleh memuat turun Pek Bahasa Melayu untuk Joomla! 3.2.1 anda. Anda boleh memuat turun melalui laman pentadbiran atau memuat turun secara terus daripada laman web rasmi Joomla!

Terdapat beberapa perubahan yang dilakukan untuk versi ini antaranya:

ALL NEW USERS please use Login with Facebook feature below to login or register. It also will link your existing account with facebook 1 click login.