Joomla Malaysia, Moderators dan Bahasa Melayu

joomla-logoSistem pengurusan kandungan Joomla bukanlah sesuatu yang baru di Malaysia. Sejak sekian lama, pengguna Malaysia sudah pun menggunakan Joomla CMS. Joomla adalah antara CMS yang paling popular di Malaysia.

Pada masa yang lalu, terdapat kumpulan pengguna Joomla yang sangat aktif di Malaysia. Tambahan lagi dengan syarikat-syarikat komersil yang menghasilkan extension untuk Joomla. Antara extension yang paling popular adalah Jomsocial (yang telah diusahakan oleh Azrul Rahim), Mosets Tree dan siri extensions dari Stackideas. Maka pengguna Joomla! Malaysia wajar bangga dengan pencapaian ini.

Pihak kerajaan juga telah mengadaptasi Joomla! untuk pembinaan laman web rasmi jabatan atau intranet. Hampir 40% laman web agensi kerajaan berasaskan Joomla satu masa dahulu (dan sekarang).

Tanggapan salah

Namun demikian tanggapan bahawa Joomla! adalah tidak selamat luas disebarkan. Tanggapan ini adalah kurang tepat kerana tiada perisisan atau aplikasi yang selamat. Semuanya terserah kepada webmaster yang menguruskan laman web tersebut. Ada juga pendapat yang menggatakan bahawa Liferay atau Drupal adalah lebih selamat. Tanyalah pendapat mereka yang gunakan CMS itu. Semua CMS mempunyai kelebihan dan ciri-ciri tersendiri. Tetapi masih, tiada CMS yang selamat!

Versi Joomla! 3.x kini lebih stabil dengan ciri keselamatan yang tinggi.

Komuniti Joomla di Malaysia

Antara komuniti Joomla yang aktif adalah komuniti yang diasakan oleh Syahril Zulkefli, Shaifulnizam, Fuqaha Syed Ahmad,Mohd Faizan Othman dan Ku Firdaus Mohd Nor.

Komuniti-komuniti Joomla yang telah lama wujud di Malaysia makin hilang dan semangat Joomla makin pudar. Sewaktu saya mengajar Joomla 1.0 pada saya terfikir untuk mewujudkan satu laman komuniti Joomla untuk pengguna Malaysia. Tetapi dengan adanya beberapa kumpulan dan laman komuniti Joomla di Malaysia, apa faedah untuk memperbanyakkan lagi?

Sejak beberapa tahun ini semua laman web kumpulan dan komuniti tidak lagi aktif. Maka saya usahakan komuniti Joomla ini agar Joomla masih menjadi CMS pilihan dan kesinambungan komuniti Joomla di Malaysia dapat diteruskan. Apabila mewujudkan sesuatu komuniti, ianya perlu bebas dari segala jenis komersilan dan kepentingan sendiri. Maka Komuniti Joomla ini akan bebas dari kepentingan sendiri dan pengkomersilan.

Pengguna Malaysia juga perlu menjadi 'Seeders' dan bukannya 'Leechers'. Marilah berkongsi ilmu dan kepakaran masing-masing di laman komunti ini agar ianya berguna kepada pengguna baru kelak.

Masih terdapat kumpulan pengguna aktif di laman social seperti Facebook. Malangnya semua perbualan dan sumber itu mungkin tidak dapat digunakan oleh pengguna baru.

Joomla 'Language Pack' Bahasa Melayu dan 'Malay Release SVN'malay-view

Pek Bahasa Melayu bagi laman front-end dan back-end sudah lama tersedia. Pek bahasa ini boleh didapati dari dalam Joomla sendiri (Extensions=>Language Manager=>Install Languages). Namun penambahbaikan perlu dilakukan agar pek bahasa ini betul-betul berguna dan mudah difahami. Bahasa-bahasa yang kurang difahami perlu dielakkan.

Selain itu, versi Joomla berbahasa melayu (yang mudah difahami) dengan templat, installer Bahasa Melayu yang kemudiannya akan dimuatkan sebagai Joomla-Bahasa-Melayu akan diwujudkan dalam masa terdekat ini. Dengan itu pengguna Malaysia boleh muat turun Joomla BM untuk instalasi baru.

Marilah menjadi 'Seeders'

logo-kjmBukan mudah untuk mengguruskan komuniti awam, pakej Bahasa dan 'Malay Release'. Banyak rintangan perlu dihadapi, banyak masa perlu dikorbankan dan semua perlu berganding bahu untuk mencapai impian ini. Maka saya jemput semua pengguna Joomla Malaysia, pakar dan pelaksana untuk sama-sama berganding bahu untuk wujudkan komuniti yang berguna. Komuniti ini milik pengguna Joomla Malaysia.

 

Ahli biasa

Untuk menyertai sebagai ahli Komuniti Joomla Malaysia, sila  Daftar Ahli.

Kumpulan penterjemahan Joomla Bahasa Melayu

Untuk menyertai sebagai ahli penterjemahan, sila daftar .

Moderator & Pengurusan Laman Web

Untuk menyertai sebagai Moderator / Team Pengurusan Komuniti Joomla Malaysia, sila daftar .

Hantar Kandungan

Hantar artikel dokumentasi, tips, atau blog disini.

ALL NEW USERS please use Login with Facebook feature below to login or register. It also will link your existing account with facebook 1 click login.