Pek Bahasa Melayu 3.2.2.1

Joomla! telah mengeluarkan versi terbaru 3.2.2 pada 6 Februar1 2014. Terdapat beberapa perubahan kecil di bahagian pentadbir dan bahagian hadapan untuk versi ini. Kami juga telah mengemas kini pek bahasa kami daripada versi 3.2.1.1 kepada 3.2.2.1 untuk perubahan ini.

Di bahagian pentadbir, terdapat 2 fail yang ditambah untuk versi ini:

Manakala untuk bahagian hadapan, hanya satu fail yang ditambah untuk versi ini:

Di dalam versi terbaru 3.2.2 ini, terdapat perubahan pada fail pemasangan. Beberapa parameter ditambah, dipadam dan disemak semula untuk penambah baikan versi terbaru ini.

 

Anda boleh mendapatkan pek bahasa yang terkini di laman web rasmi Joomla! atau anda boleh memuat turun di bahagian pentadbiran Joomla! anda. Terima kasih kerana menggunakan pek bahasa kami. Kami berharap agar kami dapat terus menyediakan penterjemahan yang lebih baik untuk pengguna Joomla! di Malaysia.

ALL NEW USERS please use Login with Facebook feature below to login or register. It also will link your existing account with facebook 1 click login.