Pek Bahasa Melayu 3.1.5

Joomla! 3.1.5 kini boleh didapati bersama pek bahasa melayu. Kami berusaha untuk membantu pengguna Joomla! untuk memudahkan mereka menggunakan aplikasi sumber terbuka ini. Walaupun penghasilan pek ini mengambil masa yang panjang tetapi hasilnya ini dapat membantu anda dalam mempercepat dan mempermudahkan kerja anda.

Pek ini boleh dimuat turun melalui laman pentadbiran Joomla! anda.
Anda hanya perlu pergi ke laman pentadbir -> Extensions -> Language Manager -> Install Languages. Kemudian lakukan carian “Malay” untuk mendapatkan pek Bahasa Melayu. Pek ini juga merangkumi laman hadapan dan laman pentadbiran. Kini urusan anda menjadi lebih mudah kerana ia didatangkan di dalam bahasa yang mudah anda fahami.

Selain itu, perantaraan bahasa melayu di dalam pemasangan Joomla! versi ini juga telah ditambah. Ini akan memudahkan anda memahami dengan lebih jelas segala penerangan di dalam proses pemasangan Joomla!.

Versi Joomla! 3.2.0 akan menemui anda tidak lama lagi. Proses penyediaan bagi pek tersebut telah pun siap dan kini menunggu pihak Joomla! untuk menerbitkan versi tersebut.
Kepada pengguna Joomla! Malaysia di luar sana yang ingin menyumbangkan sebagai pengalih bahasa, anda berbuat demikian di laman sesawang rasmi di www.joomla.org.my. Kami mengalu-alukan sokongan anda ke arah penghasilan penterjemahan yang lebih berkualiti.
Pek bahasa ini akan terus ditambah baik dari masa ke semasa. Sila pastikan anda mempunyai versi yang terkini.

ALL NEW USERS please use Login with Facebook feature below to login or register. It also will link your existing account with facebook 1 click login.